Tuesday, 8 December 2015

Hari Raya

Astaghfirullahalazim...

hahah, tahun 2015 nak habis baru menggedik nak post. ish ish ish.
eh biarlah, blog kami.kami suka suka lah nak post bila. meh kami nak kenalkan nih.



yeah, keluarga kami. kami sayang mereka. ni ha, gambar 2015. walaupun dah lambat, kami tetap jgak nak post, hahaha. kami rindu sebenarnay. hahah



alohs, xde gambar lagi proper untuk sepupu sepapat. hahha, terlebih bahagia kan, masing masing dengan hal sendri. xpe, next raya kita g studio. acah acah kau nak. hahahahah


haa. dah habis, eh kau aina, gedikye. setakat dua keping baik tak payah. aloloo, aku buat entry baru ni bukan apa, aku rindu blog aku ni haa. xpe, next next day kita jumpa lagi. love you alls.

Monday, 20 April 2015

Rindu KMK

hahahhahahahahha.. mek nok bobel dalam bhso kelate sikit pagi ni.
bena dop, hmmm hmmm.nok oyak dok eah, mek rindu kmk. sangat! rindu zame mudo dulu.hk muko suci suci ilossss. hahahhaha.
lets tohok balik semo gambar. hahahah.

PART1
 TRIO KMK 
-budak modul satu itu kami
-budak nakal kulim pon kami
-budak muzik pon kami
-kami satu kepala




first pict * na, na.. jom lah selfie. xdok ore neh.
* oke saaaa. jom jom. hahah
second pict * na, mg dok tunggu ak ready lagi. sapa ati mg
* hahhahahaha.    



 * aina wes, cepat lah tunduk. nak ambik gambr nih. senyum napok gigi. buleh tngok pp mg bulat tu. hahahhahha
* gapo sa?KLIK
hhahhahaha




* okey sa. senyum. 
muka aku letih dohs maso ni. aku ingat sebab apo, sebab tutor bio. dan aku paling tak suko bio masa d matrik. eeeeeeee. 

 

* na, mu jange suko buleh dok? gere aku tengok mg nih. try duk diam eah ak nok ambik gambar ni. ahaha

 

sudah lab fizik. g kiosk kmk, sebab perut lapar. jalan nok g kiosk, si nisa oyak * na, xdok ore ni. jom,
* oke sa. ak pehe. hahahaha

 

 oke. sekarang bertiga. hok muka comel sebelah kanan tu namo ira. hot setah kmk sebab pemain hebat hoki. Dinda didi. hahaha



dah sampai masanya. ni TRIO kmk. hahahaha. dua bestie tercomel lah sep ni. fuhhh. gila aku rindu nok stdy sekali. waaaaaaa. muko tu jngn serius sangt bila stdy. hahahah

 

dia paling kecik antara kami berempat. sangat rendah dan sangat comel. dia paling hotsetaff. hahahah. jangn marah.mg godek blog aku ni. konfem mg senyum and nangis. sebab rindu aku. hahaha



sore dok cukup, si nisa. maso ni dio tngoh buat soalan bio sero. dok pon fizik. tu jah. hahahha. rindu dewan kuliah kmk. sanagt.

 

 AMIRUL SHAFIQ IBERAHIM
president rumah sukan
atlet bola tampar / bola baling
paling sombong
tapi paling rapat dengan aku
and i like to call him AMSHA
otak bio tapi degree fizik.
bongoks kau sha. 



KHAIRUNNISA 
dorm captain SETIA
budak terer math 
pakar kimia
pendiam tapi bising bila dah kenal
penyayang
setia dengan pakwe yg stdy di mesir
kapel paling sweet lah
cantik menawan ayu

 
 

NURSHAHIRA MOHAMMAD
vice president rumah sukan
dorm captain SABAR
atlet hoki
atlet badminton
hotsetahhhhh hahaha
mulut macam murai
otak kartun
baik
queen of our heart
orang berpengaruh kolej
hahahhaha
 


HARISSA AMEERA 
dorm captain SUCI
setia mencintai dia dalam senyap
penyabar
comel
cantik
hotsetahh kolej
peminat paling ramai
otak bio
budak foto
kakak yang penyayang

 

dua dua membawa kenangan yang paling bermakna. sangat. hadiah yang paling indah berada di kolej mara kulim. 
dapat mengenali dua sahabat yang paling sempoi. tak fake. 
jujur. rindu kau.

 


paling rapat dengan aku. dua manusia yang paling banyak tahu pasal aku. dan dua manusia yang ada masa aku jatuh tersungkur sebab kehilangan. dua manusia yang membantu aku naik. opps, kejam aku panggil ua ni manusia. hahahha. mereka sahabat, adik beradik dan teman. sangat indah setiap pertemuaan yang tercipta. sabar dengan perangai aku yang kadang kadang tu ngada ngada nak turun cafe makan walupun dah lewat. sanggup teman waalaupun bising marah2 kat aku. ahahahhaha.

 

pasangan yang paling lah sweet masa di kolej dulu. sape tak kenal dengan dua ni. dua dua hot staff.
YUSOF NAJDI JUSOH
biro kerohanian
bendahari surau
matscnner
hahahhahahahah


oke. dah penat typing. tapi aku enjoy dengan semua ni. masa tengah tengah type nih. hmmmm, macam macam perasaan ada. sedih, rindu, senyum dan bahagia.
sampai rumite aku sendri cakap * oii, tangan kau ni cepat plak type nya.
* mestilah odah, jgn kacau aku.idea banyak ni. hahaha
ooooooo. sampai hati kau ya na. hahahahahahaaha
aku rindu mereka. rindu kenangan ni semua. walaupun masa di matrik dah rasa macam nak putus nyawa stdy. tu lah, pndai sangat ambik modul 1. hahahahhaa.

oke, nanti sambung lagi ye. sayang semua.terpaksa berhenti sebab odah dah bising. hahaha

LOVE YOU

Friday, 17 April 2015

18 APRIL

assalamualaikum.

18 APRIL 1965
lahirnya seorang putera untuk melihat dunia.
seorang putera yang amat disayangi kedua ibu dan bapanya serta abang dan adik
dibesarkan di kota bharu,
di teratak yang indah dan disegani ramai.
keluarga bahagia mereka disanjung oleh orang ramai
kebijaksanaan putera mereka ini amat dihormati
mempunyai minat yang tinggi terhaadap muzik dan mampu memetik gitar serta menyanyi.
ya, putera ini berbakat.
putera yang orang mimpikan.

putera ini menyambung pengajian dalam bidang akaun di uitm.
ya, dia berjaya.
berjaya menempatkan diri sebagai akauntan Felda di gua musang
kejayaannya amat dibanggakan.

putera ini bertemu dengan bakal surinya,
suri yang akan menemani sepanjang hidup,
yang akan membuatkan keluarga yang dibina bahagia.

06051995
tarikh di mana putera dan surinya bergelar seorang baba dan umi,
kelahiran si puteri yang amat disyangi
yang membuatkan hidup mereka lagi ceria
kehadiran keluarga putera diceriakan lagi dengan lahirnya anak lelaki yang begitu tampan
dan mempunyai satu tarikan yang mampu membuat orang terpegun.

kehidupan putera ini diuji dengan kehilangan ibu yang paling dikasihi,
namun, dia tabah.
tabah dalam menghadapi semuanya.

setiap masa kehidupan mereka sekeluarga dipenuhi dengan senyuman
tiada masalah dalam hal keluarga
kasih sayang yang terbina amat kuat.

kehadiran adik bongsu yang amat dimanjai,
membuatkan lagi kehidupan mereka ceria.
dengan setiap gelak dan keletahnya.
mampu buat kami semua tersenyum

for my baba.
memang baba tak mengandungkan kakak, tetapi darah baba mengalir dalam diri kakak.
dari nama baba kakak mewarisi sikap serta kerendahan hati. dan nama baba sentiasa kakak bawa hingga akhir hayat. memang baba tidak melahirkan kakak, tapi suara baba yang pertama kakak dengar dan baba orang pertama membawa kakak kenal Allah. baba juga tak menyusui kakak, tapi dari keringat baba kakak mampu merasa susu tersebut. baba setiap masa yang menjaga kakak sebab hanya kakak puteri di hati baba. kakak tahu, dalam doa baba, nama kakak dan adik adik tak pernah baba lupa, sebab baba sayang anak anaknya. tangisan baba mungkin kakak tak pernah lihat dan tak pernah dengar, sebab kakak tahu, baba ingin kami lihat baba kuat supaya kami tidak ragu untuk berlindung dalam pelukan baba. pelukan baba munkin tak sehangat umi, sebab cinta baba terhadap kakak sehingga tidak sanggup untuk melepaskan kepada orang lain. surat terakhir baba untuk kakak, baba ingin kakak kuat bila baba tiada. baba pesan supaya kakak lindungi keluarga dan kembalikan maruah keluarga. kembalikan martabat baba. kakak ingat, ayat akhir baba untuk kakak " keluarga kita, orang hormat. setiap apa yang kita buat orang akan pandang dan percayalah, hari terakhir baba sebelum dikebumikan, orang melimpahi dengan ramai, sebab keluarga kita orang yang baik "
dan ya, hari terakhir baba 23112013, ramai yang datang. sakit baba, sakit untuk kakak terima semua ni, orang terakhir baba call adalah kakak. dan sampai sekarang, kakak tak pernah fikir baba jauh. baba sentiasa ada, ada dalam hati baba.
kawan baik baba cakap, setiap masa, baba akan cakap pasal anak anak baba, dan kakak yang paling baba sayang sebab kakak anak tunggal perempuan dia.
ya baba. kakak akan jaga umi dan adik adik.
kakak tak mampu nak hantar dan call dan surprise party untuk baba lagi, kakak hanya mampu hadiahkan ayat ayat suci untuk baba. kita jumpa nanti oke. dan baba, kakak tahu, umi abang dan adik sedih dengan tarikh ni. kakak dapat wasep dari mereka,
umi: kakak, hari ni 18 april.
abang: kakak, kita tak mampu nak sambut lagi. dua tahun dah.
kakak ( aku ): kakak tahu, umi jngn pk sangat. in shaa Allah. doa untuk baba. farhan (abang ), aku tahu, dah dua tahun. tapi Allah sayang baba lagi. kita berjaya sama sama oke. fokus spm. but yang terbaik.
Allah, hakikatnya, hati aku , menangis, aku harus kuat untuk mereka.
baba. kakak kuat untuk baba dan keluarga. kakak sayang baba.

SELAMAT HARI LAHIR BABA,
perginya baba tiada ganti.
sayang baba dan i love you forever.

buah hati baba,
kakak.



Tuesday, 30 December 2014

See You There

Assalamualaikum

Everyday in my life,
I spent it to love you,
Every moments in my journey,
I love to think about you,
But when I know,
you got to go,
I start to cry,
I am afraid to lose you,
because,
you are the first person,
that could bring me into the beautiful life,
and I'm asking,
could I live without you?
could I smile without my soul?
could I survive my long journey in this world,alone?
I love You.
and yes,
I do.
I love you forever,
one four three seven
just waiting me there.

i love you baba,
Mohd Azizi Bin Abdul Razak

Tuesday, 16 December 2014

hidup remaja

  

disini tersemat cita cita... hahahah. ha. ni hari mula mula aku daftar sebagai seorang pelajar ijazah.
rasa gerun, gemuruh dan semua bersatu dalam jiwa tahu.. puhh. hahahah

 






can u see that?? semangat tak? yang lawaknya, nampak tak kertas besar kat tangan aina tuh? hurm, hari tu mmg menyusahkan diri bawa x ray report, padahal benda tu tak perlu pon. nvm, janji bahagia.haaha 




 alahai...ni umi aina yang tercinta, yang pakai tudung awning kuning tuh. ha, aina sayang lah teramat kat umi ni, terima kasih sebab teman kita ye umi. nanti kakak balik rumah ye. kita chit chat panjang panjang. pastu yang tudung hitam tu makcik kita, im salute her lah. lantang bersuara, sesuai lah dengan jawatan setiausha suami. hahha. yang lelaki kecik tu, bakal wali aina lah. adik bongsu. haha. hai adik.


 
 
yang ni gambar curi ni. hahhahaha. cari aina cari. cari di mana letaknyaa borang borang yang diperlukan. oke done!dah jumpa. ahahaha

hari pertama menyemak

hallo kesayangans aina semua. how are you sista sista and brother brother. 
uhuk. menjengah ke blog sekejap.picca!!! lamaa sebenarnya meninggalkan dunia blog ni, dan hari ni saya kembali lagi setelah bergelar degree student. apa macam?? nampak stress lah sebab tu boleh buat blog. ahahhaha. nanti kita share share cerita ye. menjengah lah rumah kedua saya ni, opsss nope.. rumah meluahkan isi hati. hahahahaha